Order Form

Name:
Email Address:
Contact No
Item Code
Delivery Address
Payment Method
Remark

This online form was provided by Freedback.

Friday, 23 November 2012

Kekurangan bekalan susu atau kekurangan keyakinan diri?




Persepsi bekalan susu badan tidak mencukupi merupakan masalah penyusuan umum; ramai ibu menganggap mereka tidak menghasilkan susu yang mencukupi walaupun sebenarnya adalah disebaliknya. Ini disebabkan ramai ibu baru, kekurangan kesejahteraan emosi dan keyakinan diri untuk menyusui bayi mereka secara eksklusif. Malah ada tanggapan salah bahawa susu formula lebih 'hebat' walaupun pelabelan wajib pada semua produk susu formula - "Susu badan adalah nutrisi paling baik untuk bayi".

Secara amnya, ada beberapa cara yang menentukan jika ibu mempunyai bekalan susu mencukupi:


Kenaikan berat badan -
Bayi mendapat kembali berat lahir selepas dua minggu. Berat lahir berganda pada 5-6 bulan, dan tiga kali ganda pada satu tahun. Bayi yang disusu susu badan lebih ramping iaitu kurang cenderung makan banyak dan tidak menjadi gempal seperti bayi diberi susu formula..

Lampin
Sekurang-kurangnya 4-6 kain lampin basah dalam masa 24 jam. Bayi akan membuang air besar yang lembut, kuning, dan berdadih.
Tanda lain - Bayi mempunyai warna kulit baik, cerah, mata terang dan mempunyai tempoh berjaga tertentu pada siang hari.

Bolehkah makanan membantu meningkatkan bekalan susu?


""Minum sup betik dan ikan ini untuk bekalan susu yang lebih!"

Ramai ahli keluarga dan rakan mencadangkan petua ini kepada ibu muda. Sejak dahulu lagi, ibu di seluruh dunia mengambil makanan tertentu atau herba untuk meningkatkan bekalan susu mereka. Sebahagian besar daripada zat tersebut tidak dinilai secara saintifik tetapi penggunaan tradisional mencadangkan keselamatan dan beberapa kemujaraban, seperti Fenugreek (Trigonella foenum-graecum), Milk thistle (Silybum marianum) dan Goat's rue (Galega officinalis).

Untuk ibu yang menyusu, mengambil makanan seimbang dan air yang mencukupi amat penting dalam memastikan bekalan susu mencukupi. Maka, anda boleh masukkan ikan dan betik dalam diet anda secara kerap.

Menghadapi masalah penyusuan


Ada kalanya, bayi mungkin menyusu lebih daripada biasa ataupun lebih cerewet. Ini menyebabkan ibu menganggap bekalan susu mereka berkurangan. Ada juga sebab lain bekalan susu berkurangan. Anda harus periksa jika anda sedang mengalami situasi berikut, terutamanya jika berat badan bayi tidak meningkat atau pergerakan usus yang tidak mencukupi.

Pelekapan yang tidak betul:
Pelekapan payu dara yang tidak betul menyebabkan payu dara tidak cukup terangsang, menjejaskan penghasilan susu optimum.

Bentuk puting:
Bentuk puting boleh mempengaruhi sama ada bayi boleh melekap dengan betul atau tidak. Puting yang leper atau tenggelam menyukarkan bayi untuk menyusu.

Puting sakit:
Kesakitan puting merekah atau luka boleh mengganggu refleks pengaliran susu; anda juga mungkin cenderung untuk melewatkan penyusuan kerana rasa sakit dan tidak selesa.

Penyusuan yang tidak kerap:
Menyusu bayi dengan secukupnya, lebih kurang 8 kali penyusuan (atau lebih) dalam masa 24 jam, boleh merangsang proses penyusuan.

Penggunaan susu formula sebagai suplemen:
Ini boleh mengurangkan bekalan susu, kerana bayi yang kenyang selepas minum susu formula bayi tidak akan menyusu dengan kerap.

Stres:
Kebanyakan ibu akan melalui stres, terutamanya mereka yang baru menjadi ibu. Ia mungkin sebab kekurangan penghasilan susu.Tingkatkan bekalan susu anda

Jangan susah hati apabila menghadapi cabaran penyusuan badan. Cara lain untuk meningkatkan penghasilan susu adalah:

Makan, minum dan rehat secukupnya - Minum air, makan dan mengambil rehat yang secukupnya akan membantu memastikan bekalan susu yang mencukupi.

Kekeliruan puting - Elakkan penggunaan botol atau puting tiruan antara waktu penyusuan badan; ini boleh mengelirukan bayi anda hingga tidak boleh menyusu dengan betul atau puas. Sebaliknya, gunakan cawan, sudu atau picagari.


Jika masih tidak berjaya walaupun telah berusaha dan mencuba pelbagai cara, doktor anda mungkin akan memberi anda ubat domperidone. Ubat ini membantu merangsang penghasilan hormon prolaktin dan dengan demikian meningkatkan pengeluaran susu.

Walaupun semua langkah diatas telah diambil, masih ada kemungkinan anda akan mempunyai kekurangan bekalan susu. Jadi, berbincang dengan doktor atau pakar laktasi untuk membantu dengan keadaan anda. Walaupun kami menyarankan ibu menyusukan bayi susu badan secara eksklusif, campuran antara susu formula dan susu badan adalah lebih baik daripada tidak menyusu sama sekali. Jangan berputus asa atau murung; anda sentiasa boleh mencari penyelesaian yang terbaik untuk anda dan bayi anda.

0 comments:

Post a Comment