Memulakan makanan pelengkap merupakan cabaran buat anda dan bayi anda. Anda juga mungkin turut merasa tekanan daripada orang tua atau kawan-kawan yang meminta anda memberi makanan pejal kepada bayi anda sebelum umur yang sepatutnya.
Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia
Jika bayi anda telah mencapai umur empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) dan mempunyai tanda-tanda berikut, maka anda bolehlah mula memberinya makanan pejal :
- Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
- Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
- Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
- Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
- Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
- Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
- Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
- Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
- Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.
Kenapa Perlu Tunggu?
Kebaikan Untuk Bayi :
- Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.
- Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.
- Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.
- Bayi yang berusia lebih enam bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.
- Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.
- Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.
- Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.
Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu:
- Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.
- Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.
- Bekalan susu ibu yang lebih stabil.
* Cantiknya dress gegirl kt http://www.facebook.com/photo.php?fbid=288739514580685&set=a.288727547915215.72032.288723897915580&type=1&theater
kemeja lelaki pn smart2. Ada promosi sekarang sampai 3 JANUARY 2013. Semua ready stok and less RM5
kemeja lelaki pn smart2. Ada promosi sekarang sampai 3 JANUARY 2013. Semua ready stok and less RM5
0 comments:
Post a Comment