Order Form

Name:
Email Address:
Contact No
Item Code
Delivery Address
Payment Method
Remark

This online form was provided by Freedback.

Monday 17 December 2012

SKIP HOP BACKPACK

SKIP HOP BACKPACK

RM38 INCLUDED POSTAGE



 ELEPHANT
 ZEBRA
LADYBUG
MONKEY

OWL

CUTE MOUSE

 PENGUIN
BEE

FROG


ZEBRA

Thursday 6 December 2012

KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL...APA NAK BUAT?!~~

Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?



Apa yang anda alami ini dipanggil oedema, iaitu keadaan di mana badan anda menyimpan terlalu banyak cecair. Ia berlaku akibat terdapatnya darah berlebihan dalam badan anda kerana anda hamil.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.

Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan bengkak?



Ubat-ubatan jenis diuretik tidak sesuai digunakan semasa hamil. Ubat-ubatan jenis ini membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara itu. Anda boleh mencuba cara-cara lain untuk mengawal kebengkakan:
  1. Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
  2. Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
  3. Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  4. Minum banyak air. Yang peliknya, mengekalkan hidrasi dapat membantu badan anda mengurangkan penyimpanan air berlebihan.
  5. Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
  6. Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  7. Makan makanan berkhasiat, dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.
  8. Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda melahirkan


***Boleh cuci mata tgk dress yang cute & kemeja boy yg comel. Sale is on sehingga 3January2013

SALE IS ON!!!!



SEMUA ITEM ADALAH RM5 OFF...(exclude postage)

SALE AKAN BERAKHIR 3 JANUARY 2013

JANGAN LEPASKAN PELUANG MENDAPATKAN DRESS & KEMEJA YANG CUTE MUTE UNTUK ANAK ANDA

LIKE FACEBOOK http://www.facebook.com/pages/The-cuddlez/288723897915580?ref=hl

OR EMAIL info.thecuddles@gmail.com untuk sebarang pertanyaan

Friday 23 November 2012

Apa itu AIR SELUSUH?



Air selusuh atau minyak selusuh ni dibuat daripada air kosong atau air zamzam.. dan ada juga sesetengah yang meletakkan beberapa titik minyak kelapa didalam air ni. Fungsi air selusuh ni untuk memudahkan ibu-ibu bersalin.

Sebenarnya, Air selusuh @ minyak selusuh sangat tak digalakkan ibu2 mengandung meminumnya. Air selusuh blh menyebabkan pengecutan rahim yg cepat dr yg sepatutnya. Ini blh menyebabkan bayi lemas krna rahim mengecut cepat sdgkn pntu rahim masih belum buka. Menurut seorg doktor pakar perbidanan dan sakit puan, kbykkan ibu2 yg minum selusuh perlu dibedah..kerana rahim yang mengecut secara cepat dari kebiasaannya. Kalau nk minum perlu tahu caranya. Air selusuh hanya boleh di minum ketika sakit hendak bersalin iaitu setelah bukaan pintu rahim mencapai 5cm.

Bagaimana membuat air selusuh?

Caranya: Ambil segelas air kosong dan Bacakan surah al-Insyiqaq ayat 1-5 sebanyak 3 kali dan tiupkan pada air tersebut. Kemudian ambil air tu sapukan pada perut isteri mengikut arah pusingan lawan jam sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w. Buat 3 kali. Lebihan air tu bagi isteri minum.

Ni adalah salah satu ikhtiar sahaja.. segalanya terserah kepada kehendak dan kekuasaan Allah.





Jom BW sambil Follow sampai Lebam


Kekurangan bekalan susu atau kekurangan keyakinan diri?




Persepsi bekalan susu badan tidak mencukupi merupakan masalah penyusuan umum; ramai ibu menganggap mereka tidak menghasilkan susu yang mencukupi walaupun sebenarnya adalah disebaliknya. Ini disebabkan ramai ibu baru, kekurangan kesejahteraan emosi dan keyakinan diri untuk menyusui bayi mereka secara eksklusif. Malah ada tanggapan salah bahawa susu formula lebih 'hebat' walaupun pelabelan wajib pada semua produk susu formula - "Susu badan adalah nutrisi paling baik untuk bayi".

Secara amnya, ada beberapa cara yang menentukan jika ibu mempunyai bekalan susu mencukupi:


Kenaikan berat badan -
Bayi mendapat kembali berat lahir selepas dua minggu. Berat lahir berganda pada 5-6 bulan, dan tiga kali ganda pada satu tahun. Bayi yang disusu susu badan lebih ramping iaitu kurang cenderung makan banyak dan tidak menjadi gempal seperti bayi diberi susu formula..

Lampin
Sekurang-kurangnya 4-6 kain lampin basah dalam masa 24 jam. Bayi akan membuang air besar yang lembut, kuning, dan berdadih.
Tanda lain - Bayi mempunyai warna kulit baik, cerah, mata terang dan mempunyai tempoh berjaga tertentu pada siang hari.

Bolehkah makanan membantu meningkatkan bekalan susu?


""Minum sup betik dan ikan ini untuk bekalan susu yang lebih!"

Ramai ahli keluarga dan rakan mencadangkan petua ini kepada ibu muda. Sejak dahulu lagi, ibu di seluruh dunia mengambil makanan tertentu atau herba untuk meningkatkan bekalan susu mereka. Sebahagian besar daripada zat tersebut tidak dinilai secara saintifik tetapi penggunaan tradisional mencadangkan keselamatan dan beberapa kemujaraban, seperti Fenugreek (Trigonella foenum-graecum), Milk thistle (Silybum marianum) dan Goat's rue (Galega officinalis).

Untuk ibu yang menyusu, mengambil makanan seimbang dan air yang mencukupi amat penting dalam memastikan bekalan susu mencukupi. Maka, anda boleh masukkan ikan dan betik dalam diet anda secara kerap.

Menghadapi masalah penyusuan


Ada kalanya, bayi mungkin menyusu lebih daripada biasa ataupun lebih cerewet. Ini menyebabkan ibu menganggap bekalan susu mereka berkurangan. Ada juga sebab lain bekalan susu berkurangan. Anda harus periksa jika anda sedang mengalami situasi berikut, terutamanya jika berat badan bayi tidak meningkat atau pergerakan usus yang tidak mencukupi.

Pelekapan yang tidak betul:
Pelekapan payu dara yang tidak betul menyebabkan payu dara tidak cukup terangsang, menjejaskan penghasilan susu optimum.

Bentuk puting:
Bentuk puting boleh mempengaruhi sama ada bayi boleh melekap dengan betul atau tidak. Puting yang leper atau tenggelam menyukarkan bayi untuk menyusu.

Puting sakit:
Kesakitan puting merekah atau luka boleh mengganggu refleks pengaliran susu; anda juga mungkin cenderung untuk melewatkan penyusuan kerana rasa sakit dan tidak selesa.

Penyusuan yang tidak kerap:
Menyusu bayi dengan secukupnya, lebih kurang 8 kali penyusuan (atau lebih) dalam masa 24 jam, boleh merangsang proses penyusuan.

Penggunaan susu formula sebagai suplemen:
Ini boleh mengurangkan bekalan susu, kerana bayi yang kenyang selepas minum susu formula bayi tidak akan menyusu dengan kerap.

Stres:
Kebanyakan ibu akan melalui stres, terutamanya mereka yang baru menjadi ibu. Ia mungkin sebab kekurangan penghasilan susu.Tingkatkan bekalan susu anda

Jangan susah hati apabila menghadapi cabaran penyusuan badan. Cara lain untuk meningkatkan penghasilan susu adalah:

Makan, minum dan rehat secukupnya - Minum air, makan dan mengambil rehat yang secukupnya akan membantu memastikan bekalan susu yang mencukupi.

Kekeliruan puting - Elakkan penggunaan botol atau puting tiruan antara waktu penyusuan badan; ini boleh mengelirukan bayi anda hingga tidak boleh menyusu dengan betul atau puas. Sebaliknya, gunakan cawan, sudu atau picagari.


Jika masih tidak berjaya walaupun telah berusaha dan mencuba pelbagai cara, doktor anda mungkin akan memberi anda ubat domperidone. Ubat ini membantu merangsang penghasilan hormon prolaktin dan dengan demikian meningkatkan pengeluaran susu.

Walaupun semua langkah diatas telah diambil, masih ada kemungkinan anda akan mempunyai kekurangan bekalan susu. Jadi, berbincang dengan doktor atau pakar laktasi untuk membantu dengan keadaan anda. Walaupun kami menyarankan ibu menyusukan bayi susu badan secara eksklusif, campuran antara susu formula dan susu badan adalah lebih baik daripada tidak menyusu sama sekali. Jangan berputus asa atau murung; anda sentiasa boleh mencari penyelesaian yang terbaik untuk anda dan bayi anda.

Cukupkah bayi saya dengan zat yg diperlukan?





Pakar pemakanan Oleh Professor Dr Norimah A Karim, Pakar Pemakanan menulis:

Dalam 6 bulan pertama usianya, bayi anda hanya memerlukan susu ibu. Apabila bayi membesar dan menjadi lebih aktif, pemberian susu ibu sahaja tidak lagi mencukupi. Si bayi memerlukan makanan pelengkap untuk memenuhi keperluan pemakanannya selain daripada yang dibekalkan dalam susu ibu. Jika anda gagal berbuat demikian, bayi anda tidak akan mendapat pemakanan yang seimbang. Oleh itu, tanyalah diri anda sama ada anda telah menyediakan makanan pelengkap yang sesuai untuk bayi anda:

Adakah anda mula memberi makanan pelengkap ketika bayi anda berumur 6 bulan?


Kegagalan untuk memulakan makanan pelengkap ketika anak anda berumur 6 bulan akan menyebabkan bayi anda tidak mendapat tenaga dan nutrien yang mencukupi. Bayi anda mungkin mengalami tumbesaran yang lambat atau berhenti membesar. Risiko untuk mengalami kekurangan pemakanan dan mikronutrien juga akan meningkat.

Adakah anda masih menyusukan bayi anda selepas memperkenalkan makanan pelengkap kepadanya?


Susu ibu masih merupakan sebahagian yang penting diet bayi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan supaya ibu terus menyusukan bayi di samping memberikan makanan pelengkap sehingga bayi berumur dua tahun atau lebih.

Adakah anda beransuransur meningkatkan jumlah makanan pelengkap untuk bayi anda?


Berikan makanan pelengkap kepada bayi anda 3 kali sehari ketika bayi berumur 6 hingga 12 bulan, 5 kali sehari ketika bayi berumur 12 hingga 24 bulan. Ini termasuklah snek yang berkhasiat sekali atau dua kali sehari selain daripada susu ibu. Di samping meningkatkan kekerapan pemberian makanan, anda juga perlu meningkatkan jumlah makanan apabila anak anda semakin membesar.


Adakah anda menyediakan makanan yang kaya dengan khasiat untuk bayi pada setiap hari?


Walaupun bayi anda yang aktif memerlukan tenaga daripada makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, bijirin dan kentang lecek, dia juga memerlukan makanan yang kaya dengan nutrien seperti daging, ayam itik, ikan dan telur; kacang, kacang pis, kacang dal dan produk tenusu; serta buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Adakah anda mempelbagaikan makanan yang diberikan kepada bayi anda?


Apabila bayi anda berumur 6 bulan, perkenalkan makanan baru secara berperingkat (satu jenis pada sesuatu masa, dengan tempoh sekurangkurangnya empat hari sebelum memperkenalkan makanan baru). Ini adalah untuk memberi masa kepada bayi anda membiasakan diri dengan makanan itu dan membantu anda mengenalpasti sebarang tindakbalas alahan. Jenis makanan yang diberikan kepada bayi perlu dipelbagaikan apabila dia semakin membesar. Kepelbagaian jenis makanan akan memastikan bayi anda memenuhi keperluan nutriennya. Jika anak anda tidak suka makanan tertentu, cuba masak makanan tersebut dengan cara lain. Dengan demikian, anak anda tidak akan kekurangan nutrien penting daripada makanan tersebut.