Order Form

Name:
Email Address:
Contact No
Item Code
Delivery Address
Payment Method
Remark

This online form was provided by Freedback.

Thursday 22 November 2012

Cari susu anak?peningnya!!!




Anda boleh jadi juling apabila melihat semua pilihan produk yang ada untuk memenuhi keperluan pemakanan anak anda. Susu sahaja sudah boleh membuatkan anda keliru. Yang manakah patut dibeli, susu penuh krim atau susu tanpa lemak? Adakah susu beperisa sesuai untuk kanak-kanak kecil? Bagaimana pula dengan susu sejat dan susu pekat manis ... adakah ketiga-tiganya selamat untuk diambil? Memang ada banyak jenis rumusan susu yang diperkayakan dengan pelbagai nutrien. Yang manakah terbaik untuk anak anda?
Penuh krim atau tanpa lemak – yang manakah lebih baik?

Susu penuh krim.

Susu penuh krim dipungut terus daripada ternakan tenusu. Tiada sebarang ramuan yang ditambah atau diasingkan daripadanya dan telah diproses untuk membunuh sebarang mikroorganisma merbahaya supaya selamat diminum. Susu penuh krim disarankan untuk kanak-kanak membesar kerana ia mengandungi sekurang-kurangnya 3.5% lemak, yang amat penting untuk tumbesaran dan perkembangan.

Susu Tanpa Lemak.

Susu jenis ini telah diproses untuk membuang kebanyakan kandungan lemaknya. Ini menyebabkan kekurangan paras vitamin larut lemak, terutama sekali vitamin A. Maka ia tidak disarankan untuk kanak-kanak kerana paras lemak yang rendah bermakna kandungan kalori yang kurang. Namun demikian, kanak-kanak yang berlebihan berat badan atau dengan masalah kesihatan lain boleh mengambil susu rendah lemak. Rujuk kepada doktor anda sebelum menukar susu anak anda.

Rumusan susu yang diperkayakan

Rumusan susu biasanya dalam bentuk tepung dan diperkaya dengan pelbagai nutrien seperti vitamin A, B dan E, kalsium, zink, zat besi dan magnesium. Sesetengah susu juga diperkaya dengan asid lemak DHA dan AA, yang boleh membantu mempertingkat perkembangan otak kanak-kanak kecil, sementara ada susu lain yang diperkaya dengan pre- dan pro-biotik bagi menggalakkan kehadiran bakteria sihat di dalam usus.

Secara amnya, terdapat tiga jenis rumusan susu atau susu membesar yang utama:


Walaupun sesetengah rumusan berharga lebih mahal daripada yang lain, namun semua rumusan susu perlu memenuhi piawaian pemakanan yang ketat. Oleh demikian, kebanyakan susu mengandungi nutrien yang sama, tidak kira jenamanya.

Bolehkah anak saya minum yang ini?



Susu Berperisa

Susu berperisa sememangnya kegemaran kanak-kanak kecil kerana merupakan susu yang ditambah perisa coklat, vanila atau strawberi supaya rasanya lebih sedap. Namun, ia mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak yang muda kerana kandungan gulanya tinggi dan rendah lemak. Susu berperisa sesuai diminum sekali-sekala oleh kanak-kanak yang lebih tua kerana mengandungi nutrien dan merupakan pilihan yang lebih sihat berbanding minuman berkarbonat dan bergula.


Susu Sejat

Susu sejat adalah susu yang berkepekatan sangat tinggi dalam pemprosesan dan perlu dicairkan bagi mengurangkan kepekatan protein dan mineralnya. Ia juga mengandungi lemak yang tidak boleh diserap baik oleh kanak-kanak, berbanding jenis susu lain.
Susu pekat manis boleh disimpan lebih lama kerana telah diawet. Diawet dengan gula, ia mengandungi kandungan gula yang amat tinggi (sekurang-kurangnya 40-45%). Maka ia kurang sesuai untuk diberi kepada kanak-kanak.


Secara amnya, kebanyakan susu mempunyai semua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan kanakkanak kecil. Perkembangan otak dan juga kesihatan serta tumbesaran optimum tidak bergantung sepenuhnya pada susu. Ia adalah kombinasi diet yang seimbang dan pelbagai. Pilih susu yang anda rasa paling sesuai untuk anak anda dan pertimbangkan kandungan gula, lemak serta belanjawan anda! Anda tidak perlu berbelanja banyak untuk mendapat pemakanan terbaik untuk anak anda.

0 comments:

Post a Comment