Order Form

Name:
Email Address:
Contact No
Item Code
Delivery Address
Payment Method
Remark

This online form was provided by Freedback.

Thursday, 22 November 2012

Nak beli mainan,tapi tak tahu sesuai atau tdak?!!






Setiap  kali ke pasar raya untuk membeli keperluan harian, antara tempat ‘wajib’ yang akan dikunjungi khususnya ibu bapa yang ada anak kecil ialah bahagian permainan. Penulis sendiri kadang-kadang rambang mata untuk membuat pilihan alat mainan mana yang bersesuaian dijadikan teman si kecil. Semuanya comel, cantik dan menarik, apatah lagi dengan adanya promosi harga sempena Jualan Mega, akhir tahun kini.

Namun pernahkah anda terfikir apakah setiap alat mainan yang kita belikan untuk anak itu selamat digunakan? Ramai ibu tertanya-tanya bentuk dan jenis alat mainan yang sesuai untuk diberikan kepada si kecil supaya ia tidak mendatangkan kemudaratan kerana pada usia ini mereka masih belum mengenal makna bahaya.

Bagi kanak-kanak terutama yang masih kecil (di bawah usia lima tahun), kebanyakannya masih belum faham apa yang dikatakan berbahaya kerana bagi mereka, semua barang boleh dijadikan alat mainan.

Menurut Pengarah PlushHaven Sdn Bhd, Chelsea Cheng, semua ibu bapa berasa bahagia apabila melihat anak bermain dengan gembira kerana ia merangsang proses pembelajaran dan perkembangan anak-anak baik dari segi fizikal mahupun mental.


Malah katanya, alat mainan adalah ‘harta karun’ yang berada dekat di hati kanak-kanak. Oleh itu, adalah penting untuk membantu perkembangan tumbesaran mereka dengan memiliki jenis alat mainan yang bersesuaian dengan usia serta kemampuan mereka.


“Keadaan ini disebabkan perkembangan awal kanak-kanak dipengaruhi perkara yang berlaku di sekeliling mereka kerana kanak-kanak belajar daripada apa yang dilihat, dipegang, dirasa dan sebagainya.

“Oleh itu, pemilihan jenis alat mainan bersesuaian penting bagi menjamin keselamatan di samping meningkatkan kemahiran kognitif (mental) kanak-kanak berkenaan agar ia memberikan kesan positif kepada tumbesaran mereka,” katanya ketika ditemui di butik permainannya di One Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Dia yang turut menjadi pengedar eksklusif barangan permainan berkualiti tinggi, Steiff berkata, pada peringkat awal, ibu dan bapa boleh memilih jenis permainan seperti kad bergambar sama ada dalam bentuk haiwan, bunga, angka ataupun huruf kerana ia mampu merangsang daya ingatan serta proses pengenalan terhadap bentuk berkenaan.

Chelsea berkata, ibu bapa juga perlu memerhatikan panduan pembelian alat mainan yang tertera pada bungkusan sama ada ia bersesuaian dengan umur bayi mereka atau sebaliknya.

“Namun harus diingatkan bahawa peranan alat mainan untuk membantu meningkatkan perkembangan si anak dan bukannya menggantikan kepentingan peranan ibu bapa dalam mendidik anak. Ketelitian dalam membuat pilihan satu kemestian supaya keselamatan si anak terjamin,” katanya.

Selain itu, antara panduan yang boleh digunakan untuk memilih permainan yang selamat terutama bagi bayi dan kanak-kanak seperti berikut:

  • Berat alat mainan yang dibeli. Pastikan ia tidak menyebabkan sebarang kemudaratan kepada bayi sekiranya mainan berkenaan jatuh menimpanya. Jika ia berat, batalkan saja niat anda untuk membelinya walaupun ia sangat menarik.
  • Pastikan keadaan fizikal anak bersesuaian dengan mainan yang dibelikan. Ibu bapa biasanya akan membelikan anak mereka barangan permainan yang jauh lebih besar berbanding keadaan fizikal anak supaya barangan itu boleh digunakan lama (tidak perlu lagi diulang beli), contohnya basikal.
  • Namun anda perlu ingat, keadaan ini sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan kecederaan jika anda tidak boleh memberikan sepenuh perhatian ketika anak bermain. Oleh kerana agak mustahil untuk kita memberikan sepenuh tumpuan kepada seorang anak saja, lebih baik jika perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan dihindarkan.
  • Pastikan mainan dibeli tidak mudah tanggal dan patah terutama akibat hentakan dan tarikan. Periksa bahagian mainan seperti hidung, mata (bagi anak patung atau patung beruang) dan bahagian yang bercantum sama ada ia dilekatkan dengan kuat dan tidak mudah tanggal.
  • Elakkan membeli mainan yang memiliki besi berani kecil didalamnya kerana boleh menyebabkan bayi tertelan dengan mudah dan ia amat membahayakan.
  • Elakkan daripada memberikan bayi mainan bertali terutama jika panjangnya melebihi 30 sentimeter (12 inci). Ini boleh menyebabkan tali berkenaan mudah terbelit di leher anak sekiranya tidak diawasi sebaik mungkin.
  • Elakkan membeli barangan permainan yang diperbuat daripada bahan plastik nipis kerana ia mudah patah dan pecah dan meninggalkan bahagian tajam yang boleh melukakan bayi.
  • Jika anda membeli mainan yang boleh dipicit atau ditekan bagi mengeluarkan bunyi, pastikan ia lebih besar daripada mulut bayi anda kerana mereka suka memasukkan barangan ke dalam mulut.
  • Akhir sekali, jangan sesekali membiarkan bayi anda bermain sendirian dan pastikan ada orang dewasa di sisi bayi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku

Sementara itu, ikuti panduan mudah memilih alat permainan mengikut usia anak anda:


Bagi bayi baru lahir (0 hingga dua bulan)

Disebabkan keupayaan pergerakan yang terhad, bayi pada usia sebegini kebiasaannya akan menumpukan perhatian terhadap perkara yang dia boleh lihat dan dengar.

Jarak pandangannya juga masih terhad iaitu antara 20.3 sentimeter hingga 35.6 sentimeter (lapan hingga 14 inci) daripada matanya.

Selain itu, bayi juga mudah terpikat kepada bentuk yang memiliki perbezaan ketara, warna terang serta objek yang bergerak perlahan-lahan dan menghasilkan bunyi lembut.

Antara alat permainan yang digalakkan adalah mainan tangan, kotak muzik (alunan muzik lembut), muzik mudah alih, mainan yang memiliki bunyi-bunyian sama ada diletakkan pada pergelangan tangan atau kaki dan menghasilkan bunyi ketika bayi bergerak.


Bayi berusia tiga bulan hingga enam bulan

Ketika ini bayi anda sudah mula membuka genggaman tangannya dan berasa selesa dengan tangannya sendiri. Malah dia turut menghisap jarinya dan mula mencapai barangan permainannya sendiri.

Namun pastikan semua permainan yang diberikan selamat memandangkan bayi anda mula memasukkan barangan ke dalam mulutnya.

Selain itu, jangan sesekali mengikat alatan mainan anjal kepada alatan lain kerana ia boleh menyebabkan bayi anda tercekik.

Jenis mainan yang disarankan adalah pusat aktiviti, alat permainan ringan yang mengeluarkan bunyi, anak patung lembut dan pastikan semua bahagian dijahit dengan kemas dan tidak mudah tanggal.


Bayi berusia enam bulan hingga sembilan bulan

Pada usia ini bayi mula boleh memegang mainan dengan kedua-dua tangan dan menghentak alat berkenaan bersama. Pergerakannya menjadi lebih tepat dan dia mula menyedari setiap objek yang ada sungguhpun dia tidak memegangnya.

Di samping itu, bayi anda juga makin bergerak bebas daripada duduk hinggalah mula merangkak. Ketika ini, ibu bapa boleh memberikan blok kayu yang lembut, alat mainan yang bergerak serta buku.


Bayi berusia 12 bulan hingga 18 bulan

Pada usia ini kebanyakan bayi sudah boleh bergerak dengan lebih bebas, malah ada sesetengahnya mula berdiri dan berjalan.

Dia juga lebih berminat kepada bentuk permainan interaktif antaranya bercakap di telefon serta mula memahami perkataan serta nama objek tertentu. Antara bentuk mainan yang disarankan ialah bola, telefon mainan serta buku.

* Cute n cheeky nye burbery dress ni.. Now tgh promosi sehingga 3january2013 


2 comments: