Order Form

Name:
Email Address:
Contact No
Item Code
Delivery Address
Payment Method
Remark

This online form was provided by Freedback.

TIPS & PANDUAN

Faedah berbengkung bagi ibu selepas bersalin


"Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil," kata Datin Sharifah. "Bengkung boleh menghempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan vagina yang telah regang dan longgar."
Ia juga dipercayai bahawa berbengkung juga boleh membantu:
  1. mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal;
  2. melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal;
  3. mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan;
  4. menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi;
  5. memecahkan lemak dan selulit;
  6. mencegah dari makan berlebihan.


Pemakaian sempurna


Anda perlu memakai bengkung berkualiti tinggi yang boleh dipakai secara ketat sepanjang hari dan tidak terurai sampai masa mandi petang atau hari kemudiannya. Bengkung hendaklah dipakai sepanjang masa, siang dan malam (namun sekarang ada wanita yang memakainya untuk beberapa jam sahaja dalam sehari).

Pastikanlah ia dipakai secara betul, iaitu bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen, dan ikat sampai ke bahagian di bawah payudara.

Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah.
  • Lapiklah bengkung dengan kain buruk supaya tidak kotor, kemudian alaskan dengan daun-daunan seperti daun pandan atau lengkuas.
  • Sapukan minyak dengan ramuan rempah dan herba; sapu juga di bahagian belakang.
  • Jika sukar untuk mendapatkan daun-daunan herba, gunakanlah ubat krim bengkung yang boleh dibeli di kedai.



Apa itu lantai pelvis?

 
Lantai pelvis ialah seperti anduh yang lebar yang mengandungi otot-otot, ligamen-ligamen dan helaian-helaian tisu. Ia terbentang dari tulang pubik di depan ke hujung spina anda.
Ia pernah disamakan dengan trampolin, sebab ia boleh meregang dengan tekanan berat dan melambong ke atas semula!
 
Namun, tidak seperti trampolin, jika ia menampung berat terlalu lama (seperti semasa kehamilan), otot-otot dan tisu boleh menjadi kendur dan lemah.
 

Mengapakah lantai pelvis itu sangat penting?


Lantai pelvis anda menyokong pundi kencing, usus dan rahim anda. Jadi lantai pelvis anda memberikan kawalan atas bila hendak mengosongkan pundi kencing atau menggerakkan usus.
 
Lantai pelvis yang lemah menyebabkan anda mengalami kesukaran bila hendak menyelit otot-otot di bahagian bawah pundi kencing anda untuk menahan urin dari terkeluar. Anda mungkin membocorkan air kencing apabila anda batuk, bersin atau bersenam.
 
Ini dipanggil inkontinens stres dan anda bukan keseorangan jika anda ada kesukaran ini. Inkontinens stress menjejaskan hampair satu per tiga ibu-ibu baru.
Lantai pelvis anda juga mempengaruhi otot-otot vagina anda juga. Lantai pelvis yang longgar dan lemah boleh membawa kepada kurang kepuasan semasa perhubungan seks.
 
Lantai pelvis bukan sahaja penting bagi kehamilan dan kelahiran. Anda perlu mengukuhkan kekuatannya sepanjang hidup anda supaya tidak mengalami masalah lain di kemudian hari, terutamanya selepas menopaus.
Ini termasuk jika otot-otot vagina lemah, uterus anda boleh melendut dan menekan dinding vagina anda. Ini dipanggil prolaps. Adalah dianggarkan bahawa empat dalam 10 wanita berumur lebih dari 50 mempunyai prolaps di beberapa darjah kerosakan.
 
Ini agak menakutkan, tetapi berita baik ialah anda boleh berbuat sesuatu mengenainya. Jika anda membuat senaman lantai pelvis setiap hari, anda boleh mengelakkan masalah di kemudian hari.
 

Bagaimana kelahiran bayi saya menjejas lantai pelvis saya?

Semasa proses kelahiran dan melahirkan,lantai pelvis anda meregang untuk membenarkan kepala bayi keluar melalui vagina anda. Ini mungkin menyebabkan calar-lebam, bengkak dan kesakitan.
Saraf-saraf yang bersambung kepada otot-otot lantai pelvis anda juga telah melonggar. Ini akan membuat bahagian di antara vagina dan anus anda (perineum) terasa kebas.
Lantai pelvis anda mungkin telah terlalu melonggar semasa bersalin jika anda:
  1. telah terpaksa menolak bayi keluar bagi tempoh masa yang panjang;
  2. mempunyai bayi besar;
  3. kekoyakan parah;
  4.  kelahiran forseps.
Jika anda terlalu aktif terlalu cepat, anda akan dapat merasakan pada lantai pelvis anda. Jika lantai pelvis anda terasa berat, atau jika anda terasa seakan-akan ada benda yang membonjol di celah kangkang anda, ianya mungkin satu tanda yang anda telah bekerja berlebihan.
 
Cuba bawa berehat dan elakkan daripada berdiri terlalu lama. Jika boleh, ambil masa untuk berbaring, bukan duduk - ini akan mengurangkan tekanan ke atas perineum anda.
 

Bilakah saya boleh memulakan senaman lantai pelvis?

Mula dengan membuat senaman lantai pelvis seberapa cepat yang boleh. Walaupun ianya satu perkara yang anda kurang gemar lakukan, melakukannya awal akan membantu. Senaman-senaman itu akan:
  1. memulihkan perineum dan vagina anda dengan lebih pantas;
  2. menghalang kebocoran urin;
  3. meningkat peredaran darah ke perineum dan membantu menghilangkan bengkak dan luka-luka geseran.
Jika anda dimasukkan kateter, tunggu selepas ianya ditanggalkan sebelum memulakan senaman anda.
Anda akan mendapati bahawa pada hari-hari atau minggu-minggu pertama anda tidak dapat merasakan sebarang gerakan dari otot-otot lantai pelvis anda dan tiada apa yang berlaku.
 
 Jangan risau, ini adalah normal dan disebabkan oleh saraf-saraf terlalu longgar.
Senaman-senaman memang berkesan walaupun anda kurang merasakannya. Terus mencuba, dan sensasi di lantai pelvis anda akan kembali selepas beberapa hari.
Adalah paling elok bagi melatihkan otot-otot lantai pelvis anda dengan berbaring atas belakang anda atau di sisi. Setengah wanita mendapati lebih senang melakukan ini dalam tab mandi sebab mereka merasakan lebih relaks.
Ini peringkatan bagi membuat senaman-senaman lantai pelvis:
  1. Tarik nafas dan sambil menghembus nafas, selitkan otot-otot lantai pelvis. Tarikkan otot-otot ke dalam, seperti hendak menahan aliran urin atau kentut!
  2. Kekalkan kontraksti untuk empat atau lima saat sambil bernafas seperti normal.
  3. Anda mungkin terasa otot-otot bahagian bawah perut menegang, dan itu perkara biasa. Jika anda menegangkan otot-otot bahagian atas perut (melebihi paras pusat), anda sudah membuat terlebih! 
  4.  Bangunkan kebolehan sehingga anda boleh mengekalkan kontraksi lantai pelvis selama 10 saat sambil bernafas seperti biasa. Jika anda hilang kawalan pernafasan, berhentikan dan bermula semula.

Adakah saya masih perlu melakukan senaman ini jika mendapat caesarean?


Ya. Hanya keadaan hamil sahaja boleh membebankan lantai pelvis anda, dan berat badan bayi anda menambahkan beban lagi.
 
Berita baik ialah anda akan mendapati adalah lebih senang melakukan senaman ini daripada seorang yang mengalami kelahiran vagina, sebab lantai pelvis anda tidak akan terasa sakit. Saraf-saraf anda tidak terjejas jadi otot-otot anda boleh bekerja segiat mungkin!
 

Bagaimana jahitan mempengaruhi lantai pelvis saya?


Anda patut boleh melakukan senaman lantai pelvis walaupun anda diberi jahitan. Tetapi jika ianya merupakan jahitan ketat, ini kadangkala menyebabkan anda menegangkan otot-otot lantai pelvis anda. Jika jahitan anda terasa sakit selepas minggu-minggu pertama, mungkin anda juga akan menegangkan otot-otot lantai pelvis anda, dengan tidak sengaja, sebagai reaksi terhadap kesakitan itu.
Jika otot-otot ditegangkan terlalu lama, ini akan menyebabkan masalah seperti sakit semasa perhubungan seks dan inkontinens.
 
Anda boleh membantu mengelakkan simptom-simptom ini dengan memberi fokus kepada bahagian senaman yang merelakskan lantai pelvis. Sesudah mengetatkan lantai pelvis anda, pastikan anda melepaskannya sepenuhnya sebelum memulakan kontraksi baru.
 
Menolak secara lembut di penghujung kontraksi boleh membantu dalam hal ini. Tunggu 10 saat sebelum mengulanginya. Jangan melakukan senaman secara tergesa-gesa dan pastikan anda bernafas secara normal.
 

Bilakah saya patut mencari bantuan?


Jika, selepas pemeriksaan posnatum, anda dapati bahawa anda masih kebocoran air kencing, tidak boleh mengetatkan otot-otot dengan baik, terutama sekali selepas bersenam sekali atau dua kali, atau masih mengalami kesakitan, dapatkan nasihat doktor anda. Minta rujukan kepada ahli fisioterapi atau pakar urologi.
Adalah baik jika anda diperiksa oleh pakar lebih awal dari enam minggu jika anda:
melalui kelahiran forseps;
terdapat satu kekoyakan parah;
membocor air kencing semasa enam bulan pertama kehamilan atau sebelum hamil.
Ada kebarangkalian anda mendapat masalah seperti inkontinens atau prolaps. Mendapatkan bantuan pakar di peringkat awal selepas kelahiran bayi akan membantu mengelakkan masalah-masalah ini daripada berlaku.






0 comments:

Post a Comment