
 
Semua bayi menangis pada masa-masanya. Mereka perlu  menangis. 
Bayi baru lahir yang sihat pun  akan menangis juga sebanyak satu hingga tiga jam sehari. Disebabkan mereka tak  dapat membuat sebarang apapun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang  lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka  perlukan. Tangisan adalah cara bayi memberitahu salah satu daripada keperluan  itu.
Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk  menentukan apakah yang diperlukan bayi - adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan  atau mahu dipeluk? Di hari-hari awal, apabila anda belum lagi tahu bagainama  untuk menentukan keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa  bimbang. Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisan bayi  anda yang berlainan dan, setelah anda lebih mengenalinya, akan dapat mendahului  keperluannya.
Semasa membesar, bayi juga akan mempelajari lain-lain cara  untuk berkomunikasi dengan kita. Mereka menjadi lebih cekap menyatakan sesuatu  dengan menggunakan mata, membuat bunyi-bunyian, dan juga dengan 
senyuman,  semuanya mengurangkan keperluan untuk menangis. Sebab-sebab biasa bayi menangis  disenaraikan di bawah. Jika anda mempunyai bayi yang susah untuk ditenangkan,  cubalah panduan ini satu persatu. Dengan cara ini, anda akan terasa senang hati  sebab anda telahpun cuba memenuhi keperluan dia seberapa banyak yang boleh.
 
1. Saya perlukan makanan
 
Kelaparan adalah sebab utama bayi baru  menangis. Lebih muda bayi itu, lebih kemungkinan dia menangis sebab dia lapar.  Pengecualian kepada ini ialah pada masa sehari dua selepas kelahiran, apabila  bayi makan amat sedikit. Jika anda mengamalkan 
penyusuan  badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, sebab susu terawal kolostrum  yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit dan anda juga sedar  bahawa susu "mula datang" sekitar hari ketiga. Perut bayi yang kecil tidak dapat  menyimpan begitu banyak, jadi, jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu,  sebab besar kemungkinannya dia lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan  serta merta, tetapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula  bertenang apabila perutnya terisi. Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah  disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya.
 
2. Saya perlukan keselesaan
Bayi sudah tentu akan membantah  jika baju mereka terlalu ketat atau jika 
lampin  kotor mengganggu mereka. Setengah bayi tidak membantah jika lampin mereka  penuh - ia cuma terasa panas dan selesa bagi mereka - manakala yang lain akan  menjerit dan minta ditukarkan dengan serta merta, terutama sekali jika kulit  mereka terasa jengkel. Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan  memenuhi keperluan dia, jadi memang elok mencuba. Ia juga memberi peluang untuk  anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain  bersabit pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa.
 
3. Saya perlu  nyaman dan selesa - tidak terlalu panas atau sejuk
Setengah bayi baru  lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan - mereka tidak biasa  merasakan udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi  anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan  segera supaya bayi anda boleh bertenang semula. Namun begitu, berhati-hatilah  supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu  panas. Satu petua ialah dengan mengingatkan yang dia memerlukan satu lapis  pakaian lebih daripada anda untuk selesa.
Jika dia berada di kot atau  raga pembawanya, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai kain  penutup bukan duvet untuk membolehkan anda menambah atau membuangkan satu  lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau  sejuk dengan merasa perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu  lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan  atau kakinya, sebab adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk. Memang  mudah untuk membeli termometer di Malaysia (kebanyakan farmasi menjualnya) dan  anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi anda jika kurang  pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 darjah C / 75.2 darjah F, dan  letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung kot supaya dia tak boleh turun  bergeliang geliut sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas.
4. Saya perlu dipeluk
Setengah bayi sangat perlu dipeluk dan  dimanjakan. Bayi yang lebih tua akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda  dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi, bayi baru lebih memerlukan  sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan  menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk.  Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika dia  didukung berlebihan, tetapi semasa bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini  tidak mungkin. Separuh bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal,  manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu  banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba 
gendongan  bayi, yang membenarkan bayi anda rapat dengan anda dan membebaskan tangan  anda untuk menjalankan kerja lain; ini mungkin penyelesaian yang akan membuat  anda berdua bahagia.
 
5. Saya perlukan rehat
 
Memang senang untuk  menyangkakan yang bayi akan tertidur apabila mereka terasa nak tidur, di manapun  mereka berada, sebab kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda  telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai 
pelawat datang ke rumah - dia mungkin  terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang. Bayi  baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada  satu-satu masa - cahaya lampu, bunyi bising, di hulurkan dari seorang saudara  tersayang kepada yang lain - hingga boleh menjadi gelisah. Ramai ibubapa  mendapati bayi menangis lebih dari biasa apabila suadara mara datang melawat,  atau apabila petang menjelma. Jika tidak ternampak sebab spesifik bayi anda  menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika  anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara  perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap  sebelum betenang dan terus dapat 
tidur. 
6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sejahtera
 
Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia  masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau  mengalami kesakitan. Mereka, ibubapa buat pertama kali, sering mendapati sukar  untuk mengetahui samada bayi menangis sebab dia sebenarnya seorang yang bersifat  sedih (separuh bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk  menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak  kena. Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada  tangisan biasa - ianya mungkin berbunyi cemas atau nyaring. Begitu juga dengan  bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula berdiam ini mungkin petanda yang  dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang  mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasakan mungkin ada masalah  tertentu, hubungilah ahli pediatrik atau doktor keluarga anda. Ahli kesihatan  profesional lazimnya akan mempertimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan  anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda  menangis. Anda mestilah memanggil doktor jika bayi anda mengalami kesesakan  nafas apabila dia menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:
7. Saya  perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu
Kadangkala  anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis.  Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa bilamana dia meragam dan tidak senang  untuk dipujuk. Ketidak gembiraan boleh berbeza antara tangisan yang berlanjutan  beberapa minit dan tidak boleh dipujuk kepada tangisan beberapa jam pada  satu-satu masa, tangisan yang tak berhenti-henti yang kadangkala dikenali  sebagai kembung kolik. 
Kolik didefinisikan  sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlalu selama  sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang dari tiga hari dalam seminggu.  Ramai ibubapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan  keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga. Tiada rawatan  ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh  tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu 
akan pulih apabila dia membesar, itu mungkin membantu. 
Anak saya sedang menangis - apa harus saya lakukan? 
Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba  menenangkan bayi yang menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi  anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang  sesuai baginya dan bagi anda.
Selimutkan dia dan peluk dengan rapiBayi baru lahir menunjukkan kegemaran  untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda  mungkin mahu cuba 
membedungkan  bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. Ramai ibu  dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi  boleh mendengar denyutan jantung ibubapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan  menyamankan. Bayi lain mendapati bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain  cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.
Dapatkan  ritma yang teraturDalam rahim, bayi anda boleh kedengaran denyutan  jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun,  lain bunyi yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram.  Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian.  Ramai ibubapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh kain  yang teratur atau bunyi bercorak 'hingar putih' yang dihasilkan oleh pembersih  vakum atau pengering rambut, yang akan menidurkan dia dalam sedikit masa.  (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain  - bila-bila masapun, letakkan dia atas lantai berdekatan dengan mesin itu.)
Buai-buaikan bayiKebanyakan bayi suka dibuai perlahan, dan anda  akan mendapati bahawa bayi anda akan bertenang akibatnya, samada anda  berjalan-jalan sambil menghayunkan dia atau duduk dengannya atas kerusi goyang.  Buaian khas bayi boleh menenangkan setengah bayi, tetapi bayi lain lebih selesa  dengan keadaan yang lebih pantas dan akan tidur sebaik saja mereka dibawa  berjalan dalam kereta.
Cubakan urutanMemberi  bayi anda urutan atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh  membantu menenangkan dia. Jika dia ternampak seakan-akan kesakitan disebabkan 
angin, cuba menyusukan dia dalam posisi tegak dan  menepuk dia selepas penyusuan dengan menyandarkan dia di bahu anda. Bayi yang  menghidap kolik kadangkala terasa reda jika perut mereka digosok, dan anda pun  akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang  cemas.
Biarkan dia menghisap sesuatuBagi setengah bayi baru  lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap 
puting  atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan ketenangan yang banyak.  "Hisapan penyelesa" boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan  perutnya dan membantu dia bertenang.
Jangan menaruh harapan yang  terlalu tinggi terhadap diri andaBayi yang menangis tidak berhenti-henti  tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka masa panjang, tetapi mungkin  menyebabkan banyak stres dan kebimbangan bagi ibubapanya. Jika bayi anda  kelihatan tidak gembira berada di sini dan menolak sebarang usaha anda untuk  menceriakan dia atau menenangkan dia, ini akan menyebabkan anda merasa tidak  disayangi selain kecewa. Ibubapa sering menyalahkan diri sendiri, merasakan yang  ketidakcekapan mereka sebagai ibibapalah yang menyebabkan tangisan itu, tetapi  ini bukan hakikatnya. Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi,  dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda  telah mencuba segalanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah  tiba masanya bagi anda menjaga 
diri sendiri supaya anda tidak terasa  tertewas. Di sini diberikan beberapa cadangan:
• Tarik nafas panjang.
• Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis  untuk seketika tanpa didengari oleh anda.
• Jika membantu, mainkan muzik  yang nyaman dan relakslah sendiri untuk 10 minit.
• Panggil kawan atau 
saudara untuk mendapatkan  sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda  untuk sekejap.
• Berbincanglah dengan doktor dan kumpulan sokongan dan  kumpulan ibu-dan-bayi di mana anda boleh berkongsi pengalaman dan berbincang  dengan lain-lain ibu dan bapa cara menangani tangisan itu.
• Ingatkan  diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu  tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda  mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat  diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri  anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan.
• Ingatkan  diri anda bahawa ini fasa sementara dan 
akan berlalu.
Menjadi ibu  atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Menjadi ibu atau bapa bayi  baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Dapatkan  bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan menunggu sampai masalah  itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari,  apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk  mengkomunikasikan keperluan dia kepada anda. Dengan perlahan, apabila dia mula  berbuat demikian, tangisan itu 
akan berhenti